Fz Network merupakan satu badan pengurusan yang menggabungkan beberapa orang yang memang pakar dalam bidang foto, video, grafik, software/hardware komputer dan networking. Sebelum menjadi ahli Fz Networks, kebanyakan mereka bergerak secara persendirian atau berkerja dengan kompeni lain, menceburi bidang ini secara part time sahaja. Bagi mereka yg memang fulltime yang kerjayanya dalam bidang foto, video atau komputer sebelum ini kebanyakannya telah berkecimpung dan bergerak secara solo. Segala pengurusan, promosi, kepakaran dan peralatan adalah atas usaha mereka sendiri. Begitu juga bagi mereka yg selama ini berkecimpung secara part time, kebanyakannya berkerja dengan pihak lain dan kemungkinan dalam bidang yg lain, tetapi mereka menceburi bidang ini kerana minat yang mendalam dan mereka menjadikan ia kerjaya sampingan untuk mencari pendapatan tambahan.
Oleh kerana banyak pahit-maung yang terpaksa mereka tanggung bersendirian, segala susah senang tiada tempat mengadu, maka atas inisiatif beberapa ahli vateran kami, maka tertubuhlah ikatan profesional ini yg bergelar Fz Network. Itupun setelah mengambil masa yg agak lama, perbincangan demi perbincangan dilakukan hingga ia menjadi realiti sebegini.
Kini anda tidak perlu risau lagi untuk mendapatkan perkhidmatan profesional terjamin untuk merakam majlis/aktiviti indah anda. Kami menyediakan tenaga pakar yg berpengalaman luas untuk tujuan ini dengan kos yg paling minima yg boleh anda rundingkan. Kami amat fleksible. Kepuasan anda adalah keutamaan kami.
Terdapat berbagai pakej yg telah kami sediakan khusus untuk pilihan anda atau anda sendiri nyatakan berapa bajet dan apakah kehendak anda. Kami amat arif dengan harga dan kualiti, anda tidak perlu risau tentangnya. Dengan kata lain, tenaga pakar yg kami hantar kepada anda amat murah bergantung pada harga yg mampu anda tawarkan.
Sebagai contoh;
Untuk meapatkan tenaga pakar kami yg memiliki berpengalaman dalam semua bidang selama lebih 15 tahun, tentulah lebih mahal harga daripada mereka yg cuma 5 tahun sahaja pengalamannya. Namun demikian, yg memiliki pengalaman 5 tahun tersebut bukanlah tidak mampu menghasilkan kualiti dan kreativiti yang tinggi. Kami telah latih dan pantau mereka sehingga mampu mencapai standard hasil kerja yg telah kami tetapkan. Mereka juga kami bekalkan peralatan yg telah kami iktiraf sebagai mampu menghasilkan output yang berkualiti tinggi mengikut standard yang telah kami tetapkan.
Kini, Fz Network telah bertindak menjadi penaung kpd ahli-ahlinya. Fz Networks bukan sahaja sebagai alat penghubung antara tenaga pakar di negara ini, bahkan ia berfungsi sebagai badan induk yg banyak membantu dalam pengurusan terutama membantu ahli membuat promosi, mendapatkan kerja/tender berkaitan utk ahli, mengagihkan kerja kpd ahli-ahli mengikut bidang kemahiran masing-masing, memberi kursus/menggilap kemahiran ahli-ahli, memberi khidmat nasihat serta membekalkan peralatan kpd ahli-ahli yg yg akan turun padang, jika peralatan mereka sendiri tidak mencukupi.
Sehingga kini, Fz Networks masih lagi membuka keahlian dan mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk menyertainya. Ia sentiasa terbuka..
Namun, Fz Network tidak mengambil sebarang orang sebagai ahlinya. Terdapat kriteria2 tertentu yg dijadikan pra-syarat untuk anda menjadi ahli kami. Ia termasuklah sejauh mana minat anda, apakah kepakaran sedia ada anda, banyak mana pegalaman anda sebelum ini dan apakah peralatan sedia ada anda. Syarat ini memang telah termaktub dalam perlembagaan kami kerana kami mengutamakan kreativiti dan kualiti, bukan kuantiti semata-mata.
~ Minat dan kesungguhan asas penting bukan wang fokus utama kami ~