FZ NETWORK

Pakar Video dan Foto ke Tempat Anda

Our Team

 Berikut  disenaraikan sebahagian  drp teraju utama Fz Networks.

Abg Jai

Abg Jai.. Memiliki pengalaman lebih 5 tahun dalam bidang foto, video, hardware/software komputer. Kini bergerak secara part-time dalam penggambaran video/foto dan servis komputer. Memiliki peralatan yang lengkap dalam bidang foto, video dan editing. Dalam Fz Network, beliau merupakan tenaga penggerak utama dalam management dan perakaunan persatuan.

Uncle Roy

Abg/Uncle Roy... Usia 45 tahun.. Memiliki pengalaman dalam bidang foto, video, hardware/software/networking komputer selama lebih 15 tahun. Pernah dicalonkan menerima Anugerah Duta Belia pada tahun 2004 di bawah kategori Media dan ICT. Telah melatih ramai pakar/profesional dalam bidang foto, video dan komputer. Kebanyakannya telah menjadikan bidang ini sebagai kerjaya utama mereka dan memperolehi pendapatan yg lumayan. Sehingga kini beliau masih lagi melatih golongan muda dalam bidang ini. Beliau banyak menerima tempahan kerja2 video, foto dan ICT drp syarikat2 besar dan jabatan2 kerajaan. Setiap tahun video klipnya ditayangkan dalam Konvensyen MAHA anjuran Kementerian Pertanian Malaysia. Memiliki peralatan yang lengkap untuk studio bergerak terutama dalam menyediakan "on the spot editing".

Uncle Shaharom

Memiliki Pengalaman dalam bidang foto/video lebih 10 tahun. Bermula dengan minat sebagai hobi sejak tahun 1997 menceburi secara part time, kini telah diiktiraf sebagai jurufoto profesional. Banyak memenuhi undangan foto/video perkahwinan dan majlis-majlis rasmi jabatan-jabatan kerajaan. Kini memiliki peralatan serba lengkap dalam bidang foto termasuk membawa peralatan studio ke lokasi.

Uncle Zaim

Memiliki pengalaman melebihi 10 tahun dalam bidang foto. Bermula secara part time, kini menjadi profesional dalam foto perkahwinan dan majlis-majlis korporat. Kini memiliki peralatan serba lengkap dalam bidang foto termasuk membawa peralatan studio ke lokasi. Meninggalkan kerjaya asal sebagai pegawai kerajaan dengan menceburi bidang fotografi secara sepenuh masa. Baru-baru ini telah mengembangkan perniagaannya dengan membuka sebuah kedai di Seksyen 7 Shah Alam.

Uncle Din

Memiliki pengalaman melebihi 10 tahun dalam bidang foto. Bermula sebagai hobi dan part time job, kini menjadi profesional dalam bidang ini terutama bagi foto perkahwinan dan majlis-majlis rasmi. Memiliki peralatan studio lengkap yang dibawa ke lokasi. Bukan setakat itu sahaja, beliau juga memiliki peralatan audio untuk digunakan sebagai alat siaraya dalam majlis keraian dan sebagai set kakaoke. Selain menjadi jurufoto, beliau juga memiliki pengalaman yang agak luas sebagai pengendali audio dan DJ.

Uncle Mahmud

Bertugas di jabatan kerajaan tetapi mempunyai minat yg amat mendalam dalam bidang media terutama video dan foto. Mendapat jolokan nama di kalangan kawan-kawan sebagai 'Mahmud Pro' lantaran kemahirannya dalam bidang video mendahului zaman satu ketika dahulu. Masih lagi bergiat aktif dalam bidang ini secara part time di samping menjadi pakar rujuk kepada kawan-kawan terutama dalam bidang video.

Uncle Man

Mendapat gelaran sebagai 'Man Foto' kerana pengalaman beliau terlalu luas dalam bidang ini. Sejak berhenti kerja drp sebuah syarikat swasta dengan menceburi bidang ini secara full time, rezeki beliau mencurah-curah terutamanya dalam bidang foto perkahwinan serta majlis-majlis rasmi jabatan kerajaan dan syarikat korporat. Baru-baru ini menjadi jurufoto rasmi kontijen Selangor ke Sukma ke 12 di Kuala Terengganu.

Uncle Afifi

Bermula sebagai part time fotografer pada pertengahan 1990an. Lantaran minat yang amat mendalam sehingga mampu menghasilkan foto yg berkualiti tinggi sehingga beliau ditawarkan berkerja sebagai jurufoto dan pegawai media di sebuah syarikat korporat. Pengalaman beliau amat luas sekali dalam bidang foto majlis rasmi korporat serta group foto. Banyak sekali diundang ke majlis-majlis rasmi syarikat-syarikat korporat, institusi-institusi dan jabatan-jabatan kerajaan terutama dalam menghasilkan foto majlis rasmi dan group foto.

Uncle Mat Nor

Memiliki pengalaman melebihi 10 tahun dalam bidang video dan foto. Bekerja sebagai pegawai media di sebuah jabatan kerajaan tetapi memiliki pengalaman yang amat luas dalam bidang video, foto dan grafik. Sehingga kini nama beliau cukup terkenal dan disegani terutama di sekitar Lembah Klang. Kemahiran beliau telah menjamin penghasilan output yang berkualiti tinggi. Kini telah membuka sebuah perniagaan yang berkaitan dengan media dan entertainment di Pusat Bandar Shah Alam.